PELAJAR CHINA KUASAI BAHASA MELAYU (BERITA HARIAN, Selasa, 14 Mac 2006)
DARI China, Ma Huaqing datang untuk menimba ilmu pengetahuan dan meneroka pelbagai kerencaman budaya di Singapura.
Pelajar menengah dua Chinese High itu mengikuti program khas bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga dan malahan gembira dapat menguasai bahasa tersebut dari hari ke hari.
Belia 14 tahun yang hadir di majlis pelancaran Kelab Obor di Sekolah Menengah Bedok View pagi semalam itu malahan mendapat gred A1 dalam ujiannya untuk mata pelajaran itu baru-baru ini.
Ujian itu menguji kreativiti dan kecekapannya dalam aspek pertuturan bahasa Melayu dan mengisi ruang kosong bagi melengkapkan ayat mengikut senario yang diberi.
Dia bahkan berharap dapat memanfaatkannya seandainya dipilih untuk menjadi sukarelawan bagi Sukan Olimpik di Beijing 2008. Sebab, katanya, mana tahu bahasa itu boleh dijadikan sandaran apabila berhubung dengan pegawai daripada rumpun Melayu.
'Di sekolah, saya diberikan buku-buku Melayu untuk dijadikan sumber rujukan. Sejauh ini, kami belum memanfaatkan akhbar Berita Harian lagi. Bahasa Melayu, bagi saya, agak mudah untuk difahami dan dikuasai sebab huruf-hurufnya seperti bahasa Inggeris juga. Mudah untuk disebut.
'Saya berharap dapat lebih mempelajari bahasa ini dengan menghayati budayanya sekali. Baru minggu lalu saya dan seorang lagi teman dihantar ke Sekolah Menengah Yishun bagi program penghayatan bahasa Melayu.
'Saya melihat demonstrasi silat, belajar tentang puisi Melayu, kepercayaan orang Melayu tentang alam ghaib seperti hantu dan cara pemakanan mereka yang mana tangan digunakan untuk menggenggam nasi. Saya juga menggunakan teknik ini sebab malas hendak menggunakan penyepit!' ujarnya, yang diperlukan mengambil program ini untuk satu penggal tahun ini.
Ketika ditanya tentang harapannya mengenai penubuhan Kelab Obor yang dapat mengasuh wartawan muda, Ma masih ragu-ragu tentang keupayaannya.
Namun, pelajar yang merendah diri itu menambah, meskipun bahasa Melayunya belum mantap, dia ingin sekali menulis tentang kediamannya di

0 Comments:
Post a Comment
<< Home